Wednesday, December 22, 2010

KEPULANGANKU

Aku bertugas di Kota Bharu selama sehari bersama Dr. Kartini. Seorang yang aku kira amat humble walau dia seorang Timbalan Pengarah. Bulan Januari beliau akan bersara. Aku merasa bertuah kerana pada saat-saat akhir beliau bekerja dapat juga aku mendekati beliau dengan lebih dekat.  Tidak ada banyak masa untuk ke tempat-tempat yang menarik. Cuma aku bawa ke Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh. Aku hanya beli sepasang sutera india, harga RM 50. Murah ke? Cantik, warna biru, bunga amat timbul. Tapi bila aku jalan sebuah kedai je selepas tu, lagi cantik, warna hijau, bunga besar warna kuning. Harga MR 45.  Sayang, cepat sangat membeli. Kemudian aku beli penyangkut tudung. Harga murah le kat sini. RM 15. Kat Putrajaya sampai RM 28. Gila. 

Kelantan.. banyak memori yang tersimpan.

No comments:

Post a Comment