SELAGI NADI BERDENYUT
Wednesday, December 22, 2010
PUNAT MOTIVASI
Pagi-pagi lagi aku pekena nescafe Kak Zoy. Cayala Kak Zoy, setia membuat minuman untuk warga unit ku walau dia seorang Pembantu Tadbir. Tapi dari kajian aku sendiri, aku payah nak dapat seru concentrate bila aku pekena nescafe. Aku kena build concentration. Aku akan cari boss aku untuk berbual-bual samada hal kerja atau peribadi. Kalau orang ada mak boleh call mak. Tapi apa nak buat aku anak yatim piatu. Aku pernah terbaca buku motivasi Dr Fadzillah Kamsah agar mencari sesuatu yang dapat menaikkan semangat kita. Dr Fadzillah juga pernah tercari-cari apakah yang sebenarnya punat yang dapat melonjakkan semangat beliau pada hari itu. Bagi beliau adalah bercakap dengan emak beliau. Aku pun pernah mencuba telefon sesiapa yang dapat menjadikan aku lebih bersemangat pada hari itu, aku pernah menjadikan sahabat baikku Ina sebagai punat yang dapat menceriakan duniaku. Chewah. Kalau Ina baca tentu dia perasan. Kadang2 aku telefon kawan-kawanku dari Kelantan, kena tukar dialog pulakla masa bercakap dengan diorang. Aku mengharapkan kawan-kawanku dapat mencari punat yang dapat memotivasikan diri masing-masing.
KEPULANGANKU
Aku bertugas di Kota Bharu selama sehari bersama Dr. Kartini. Seorang yang aku kira amat humble walau dia seorang Timbalan Pengarah. Bulan Januari beliau akan bersara. Aku merasa bertuah kerana pada saat-saat akhir beliau bekerja dapat juga aku mendekati beliau dengan lebih dekat. Tidak ada banyak masa untuk ke tempat-tempat yang menarik. Cuma aku bawa ke Pasar Siti Khadijah dan Wakaf Che Yeh. Aku hanya beli sepasang sutera india, harga RM 50. Murah ke? Cantik, warna biru, bunga amat timbul. Tapi bila aku jalan sebuah kedai je selepas tu, lagi cantik, warna hijau, bunga besar warna kuning. Harga MR 45. Sayang, cepat sangat membeli. Kemudian aku beli penyangkut tudung. Harga murah le kat sini. RM 15. Kat Putrajaya sampai RM 28. Gila.
Kelantan.. banyak memori yang tersimpan.
Kelantan.. banyak memori yang tersimpan.
MENTOR
Hari ini adalah hari penyerahan buku log mentor. Alamak. Tak siap lagi. Aku terus berbincang dengan menti ku, menyiapkan buku log dengan pertemuan secara tidak formal. Bukan nak menipu kerana selalu ada pertemuan tetapi tidak dicatat. So, bila sampai di bilik mesyuarat rupa-rupanya ramai yang tak siap lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)